recipe: Roti Canai Sambal Ikan

ohh my!
its May already.

long busy weekend!
cooking, eating, school activities.
and bits of books.
ahad baru free, so barulah sempat update blog.

so today I want to share this sacred recipe from my late grandma.
aritu, my brother asks me to cook something for him to sell at the carfood sale,
so we decide to make this.



this is Roti Canai Sambal Ikan Recipe Tok.

Recipe:

untuk doh roti canai:
1 kg tepung gandum
1 sudu besar garam
15 g minyak sapi
50g planta cair
1 biji telur
30 g susu manis
50 gm susu cair
500ml-550ml air

masuk semua bahan kecuali air, uli dulu sampai rata, baru masukkan air sedikit demi sedikit sampai doh tu jadi something that you can work on, uli sampai rata, biasanya sampai doh tu dah tak melekat kat tangan. rehat dalam 5 minit sebelum jadikan  doh tu bebola kecil.. untuk recipe ni, kira boleh jadikan 25-30 biji roti canai. teknik uli bebola kecil tu, tolak masuk ke dalam sampai luar tu jadi licin. then salut dengan planta and minyak  sampai nampak macam doh dkt kedai tu la.
rehat sekurang-kurangnya 1 jam- 1 jam setengah.. kalau tak memang tak boleh nak buka aka tebar.
teknik tebar tu tak pandai nak ajar coz kak tebar cara atas dulang je, kalau rajin nanti kakak buat video.

Inti:
1 kg ikan selayang
250 ml santan
bawang besar 4-5 labu
garam gula secukup rasa

rebus dulu ikan dengan masukkan sedikit garam dan sekeping asam keping. perisikan ikan make sure no tulang at all. masukkan bawng yang di mayang, gula, garam n santan. recipe tok inti dia agak manis tp still balance dengan garam.. Tok dah tak masak dah inti tu. sebab kira masak nanti skali dalam roti canai. kalau tak inti akan jadi kering sangat.tak best.

kaedah seterusnya sama macam buat murtabak biasa. except without telur.

this recipe is one of her favourite.
please pray for her,
Al-fatihah tok.
I really miss you,
Thanks to you I get into cooking after all.
All her wise word and recipe, InsyaAllah I will keep it forever.

Biasanya tok makan without any kuah pun.

my favourite.

p/s: kalau mengaku orang terengganu please at least belajar macam mana nak perisi ikan ye. aritu mama ada belikan laksa kuah putih, langsung tak boleh nak makan sebab tahap tulangnya memang boleh membunuh. 

Comments

Popular Posts